Jun 1, 2009

Say A Little Prayer For ME!



Akhirnya setelah pencarian demi pencarian, aku dapat gak tempat praktikal. Kat mana yea? Ala, aku mintak kat HQ MARA je setelah hampir sedozen application aku kepada corporate companies di sekitar KL tidak mendapat walau 1 respon. Sedih kan? At least kalau tak sudi nak ambil aku yang comel nih, hantar la reject letter, tidak-lah aku berharap bagai bulan jatuh ke riba. Nak kena nyanyi lagu Safura (kalau padi kata padi,tidak aku tertampi-tampi,kalau benci kata benci, tidak aku ternanti-nanti) kat dorang kot baru nak faham perasaan seorang student seperti aku.

Takpa lah, benda dah lepas usah dikenang, nanti yang sakit hati aku gak, yang membebel sorang-sorang aku gak, yang letih membebel aku gak,kan? muhahahaha :p

Actually aku tak berminat & terpikir pun nak menjalani latihan praktikal sebagai seorang pengamal ilmu pengurusan sumber manusia kat MARA nih. Bukan apa, sebagai business student, tentulah aku berangan nak praktikal kat corporate company sebab nak rasa suasana & pengalaman yang lebih mencabar. Lagipun, koordinator pun tak berapa menggalakkan kami menjalani praktikal kat badan-badan kerajaan, dikhuatiri tidak akan mendapat pengalaman yang sewajarnya & melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya (luar bidang tugas). Akhirnya, angan-angan hanya tinggal angan-angan minah jenin..hehe :p

Lagi 1 sebab yang utama ialah kerana ayah aku pun berkerja disini. Aku tak nak jika ada sedikit salah & silap dalam tingkah laku aku semasa praktikal nanti terpalit secara tidak langsung kepada reputasi ayah aku, walaupun dia hanya-lah berjawatan kecil sahaja disitu. Aku sebagai budak yang sedang belajar, lumrah kot kalau ada salah silap & aku sendiri orangnya memang out spoken, risau yang amat nih.. Perlukah aku plaster mulut aku? muahahahaha :D

Tapi aku suka kacau ayah aku setelah mengetahui aku diterima untuk ber"praktikal" dibawah satu bumbung dengan beliau dengan ayat sebegini, "Ayah, nanti boleh la kita lunch sama-sama,kan?" muahahahahha :D

p/s: Auto-publish entri. Nantikan pengalaman hari pertama aku ber"praktikal"..Cuak gilos nih, dalam perut rama-rama juga ada..:p

7 comments:

fq said...

owh....
slmat berpractl ye....
wat yg terbek...

Feeqa.. said...

dh li x...gud luck..ngn wina skali kn...nti rsekn wt report..wawawaw..btw..gud luck beb!!!XoXo..

Unknown said...

fq: thanks for the wish yea..terbaik wokk..!!

feeqa: macey beb. tapi tak sama dgn wina sgt la sebab dia dok kat department HR, aku lak di unit HR kat department MARAliner. aiyo! jadi harus-lah ko cecepat email aku contoh report ko sem lepas..i mean now! muahahahaha :D

[b][y][t][i][e] said...

akhirnyee..dpt gk..mmg cuakk..hehe..same la kitee

kamarul arifin said...

pandai a hg praktikal kt tempat ayah sendiri..leh a hg pow lunch kt ayah hari2..haha..

Anonymous said...

aku terpk, report aku cmner lak??
cm korg ker?
semestinye x..sbb aku sebulan stgh jerk..
ekeke..

p/s: g arr lunch ngan ayah ko..aku pun g lunch ngan parents aku..jimat duit beb! ahaha.. :D
x menahan!

Unknown said...

bytie: cuak tahap cipan sampai xleh tido bytie..muahahaha :p

jep: em,xde makne nye jep..jumpa kt cafe dia buat derk je kat aku..kijam tol..muahahaha :D

cha: cha,ko praktikal 1bulan je jgn coba bising2 disini..shuh! g main jejauh..hahahaha :D