Jun 14, 2009

Aroma + Theraphy



Merujuk kepada entri yang ini, emosi aku sangat-lah emo pada hari Jumaat lepas, sangat-lah moody, dan sangat-lah tak best. Tapi syukur Alhamdulillah, di kelilingi oleh mereka-mereka yang kelakar & sengal, aku kembali ceria sedikit dengan gelak tawa tak ingat dunia masa lunch hour, terutama masa makan kat KFC MJ.

1st, akak cashier KFC yang sangat-lah lawak + ramah gilos. Tak pernah aku jumpa cashier yang cenggitu ye. Terkekeh-kekeh aku ketawa masa nak bagi order. Akak tuh memang dasat la dia punya marketing skills + PR + communication skills dia. Very the customer friendly..hehehe :)

2nd, gelak tawa + geng gossip girls aku memang best sey. Even baru kenal 2 minggu, tapi memang 1 kepala & boley masuk, especially kalau bergossip pasal artis kat Malaysia ni kan..memang dasat okey..! Tapi tak best sikit la, hari Jumaat buat dosa kering pulak kan..hehehe. Eh, tapi kami bukan anyam ketupat sangat pun, just bercerita je..huhu (ayat cliche,kan?)

3rd & last, but not least ialah the klimaks of the day, ops! I mean MY DAY is when I bought myself a Ralph Lauren perfeums at only RM33++!! Amacam, gempak tak? Ini ori punya okey, bukan tipu punyer. Warehouse sale, rezeki aku hari tuh. Mungkin sebagai ganti tak dapat pergi konsert AZ kot. Takpe la, dapat perfeum ni pun dah cukup bertuah dah. AZ InsyAllah lain kali boleh pergi tengok, bila dah ada gaji sendiri..huhu :)