Sep 8, 2009

Kenyang Perot Den

Auto-publish entry :)

Ahad hari tu aku dan parents aku jalan-jalan kat Jalan TAR, shopping baju raya, kueh raya, tudung raya, kopiah raya, dan apa lagi ek?hahaha~

Pastu ayah nak berbuka kat Pizza Hut MJ, tapi full house la pulak, kami lupa nak book..hahaha :p

Pastu nak tak nak terpaksa la terjah KFC, tapi mak takut ayah tak kenyang, so mak suggest Kenny Rogers Roasters, nasib ada tempat lagi, itu namanya rezeki.. :)

1st time sey masuk makan sini. Eh, aku dah pernah makan kt KRR ni sekali masa sem 1 diploma dengan Deeb & Farah. Aku ingat lagi aku order Tangy Spegetti sebab aku mana pernah makan kat sini kan, and aku tau makan spegetti je selain mcD and KFC, al-maklum la, orang kampung kan. Sekali tak sedap ko..Huh, sungguh aku menyesal! Dah la mahal, pastu tak abes makan plak tuh. Pastu takde la aku masuk makan kat situ even kadang-kadang hati tu teringin nak merasa KRR yang orang dok kata sedap sehingga menjilat kuku jari tu kan..huhhu

Akhirnya dapat gak merasa, ayah banje (TQ yah). Masa akak tu bagi menu, terkebil-kebil gak la, camner nak order ek? Kalau kat Pizza Hut tu memang aku hustler la. Pastu dengan muka setebal tembok besar China, aku cakap kat akak waiter tu, "kak, apa yang sedap ek? kami 1st time ni"..hahaha

Nasib akak tu sporting, dia layan kitorang tip top la. Dah la aku ni jenis suka bertanya kan, akak tu layan je, dengan perangai mak aku yang blur-blur tuh, akak tu rileks je, cayalah kak. Harap tak serik la layan kitorang :)

Aku yang kelaparan + kehabisan bateri selepas ukur jalan TAR :p

Mak & ayah yang tak sabar nak terjah KRR :p

Aku order ni, 1/4 chicken with coslow, fruit salad & macaroni cheese :)

Ni ayah punya, 1/4 chicken with mash potato, nasi & salad

Ni mak punya, 1/4 chicken with fruit salad, nasi & salad

Perghh! Memang sodap sehingga menjilat dinding la wey~
Siyis mantap. Harga pun boley blah la, lebih kurang RM15/head tak termasuk air. Order plak Mango Jus, lagilah mengigit pinggan sey. Tapi mango jus dia kureng sket la, sodap lagi mango jus restorent Insaf kot.. :)

0 comments: