Sep 4, 2009

Al-fatihah



Al-fatihah kepada ibu saudaraku, Sabidah bt Hj. Ahmad yang telah kembali kerahmatullah pada Rabu 10.30 malam yang lalu.

Tidak tahu apa yang mahu dicoretkan disini. Aku kelu tidak mampu untuk berkata-kata seperti biasa. Masih terkejut dengan berita pemergian beliau. Teringat kembali detik beliau pernah menjaga aku jikalau ayah dan emak menghantar aku dan abang ke kampung semasa cuti sekolah sewaktu kami kecil dahulu. Beliau tiada anak, kepada anak-anak saudara la kasih sayang dicurahkan, hatta aku dan saudara ku yang lain juga memanggil beliau "mak"..

Sepupu ku, Anis paling terkesan dengan pemergian beliau kerana sememangnya dibela oleh beliau sedari kecil hingga besar. Pilu mengenangkan saat wajah beliau kami semua tatap buat kali terakhir, kami cium buat kali penghabisan kerana beliau sudah pergi meninggalkan kami semua. Tak dapat kami beraya bersama beliau lagi tahun ini. Teresak-esak kami menangis. Tak terbayang di fikiran aku, apalah nasib pak ngah aku sekarang..

Tak pernah lagi aku kehilangan saudara terdekat, ini pengalaman pertama dan terpaksa aku akui, sangat menyedihkan, sangat melukakan dan sangat memilukan. Mak ngah, tenanglah disana, semoga diampunkan segala dosa-dosamu, ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan semoga dirimu dicucuri rahmat & syafaat-Nya, amin..

0 comments: