Nov 22, 2007

Powder


Sape bace or membesar dengan majalah-majalah gempakstarz.com pasti kenal dgn kartunist bernama BEN kan? Karya or lukisan yg dihasilkan sangat comey & best! Sekarang dia dh keluar dari Gempakstarz and buat komik sendiri. POWDER nih cm Shojo Jump ah lebih kurang. Komik nih bukan saja ada karya-karya Ben @ kartunist lain (Ken je pun syada nampak) tp ada juga infomasi & cerita tentang artis luar & dalam negara. Senang cakap, lebih kurang Utopia & Hype! Tapi pada syada agak boring jugalah coz maybe sebab dah penah wujud majalah sebegini. Kenapalah nak buat komik yg sama, yang dah pernah diterbitkan? Buatlah something else. Yg belum pernah dibuat org/publisher/kartunist lain. Seriously, syada beli komik nih pun sebab Ben jerk coz syada tau karya-karya dia memang best!
Dari aspek marketing, dorang memang berjayalah coz menggunakan Ben sebagai medium untuk melariskan komik nih. Yelah, nama Ben pada syada agak cukup faymes jugalah dikalangan pembaca Gempak, Utopia & Hype! dan boleh dikatakan mempunyai fan base yg cukup ramai jadi susah tentu kalau peminat-peminat Ben akan beli komik nih, seperti syada. Dalam usia yg dah semakin meningkat dewasa nih, syada dah hilang minat nak beli & kumpul komik Gempakstarz lagi. Kalau nak dibandingkan dengan zaman kanak-kanak syada, sanggup ni berjimat semata-mata nak beli komik-komik Gempakstarz. Bayangkanlah, ada 3 komik keluarkan mereka yg syada akan beli & kumpul, 2 minggu sekali pula tuh, maknanya sebulan syada akan beli 6 komik Gempakstarz yang berharga +- RM4 setiap satu, ertinya sebulan syada membelanjakan lebih kurang RM24. Bayangkan syada membelanjakan wang sebanyak itu untuk lebih kurang 5thn. Itu belum masuk isu bumper lagi yg selalunya mencecah RM5. Hmm,patutlah mak sayda bising-bising, cakap syada membazir. Tapi dah minat kan, so dah tak boleh buat apa-apa lagi =). Nasib sekarang dorang dah terbitkan novel grafik sebab salah satu reason syada terus-menerus membeli komik-komik dorang ialah karya Kaoru, Ben & Zint jerk.
Ah, berbalik kepada Powder, pada syada ia sangat 'kureng' tapi syada maafkan kerana usia dorang baru setahun jagung. Ya, memang Ben sudah lama dalam industri ini tapi sebelum nih mungkin dia hanya sebagai kartunist sahaja & tidak terlibat dengan team penerbitan. Apa yang boleh syada cakap, Powder mungkin hanya mengharapakn tuah Ben dan kalau itu adalah benar, mungkin dorang juga tidak akan bertahan lama seperti komik Rileks yang hanya bertahan beberapa lama sahaja dalam industri ini. Rileks pada syada sangat futuristik, kartun-kartun dorang juga best tapi entah kenapa tidak bertahan lama.
Dulu, masa syada kecik-kecik, syada membesar dengan Gila-gila, kemudian Ujang. Selepas itu muncul pula Gempak. Pada masa itu pun syada rasa Ujang sudah sangat boring! Ada satu ketika itu, lawak yg sama di ulang dalam isu yg lain. Dari Gempak, beranak-pinak pula kepada Utopia & Hype! Tapi semasa syada terlibat dengan National Service, memang tak follow langsung Gempakstarz, paham-paham sendirilah, di hutan belantara tuh, mana nak dapat komik? Nak pulak syada dapat Kem Sintok, lagilah. So sekembaliknya dari NS, syada terus hilang minat. Yelah, terlepas beberapa isu, tentu sudah tidak seronok lagi nak baca. Syada memang macam itu. Kalau missed 1,2 isu tak apalah juga, gagahkan diri juga mencari isu yg terlepas tuh tapi kalau dah hampir 6 isu untuk 1 komik, 3 komik macamana pula. Dan memandangkan umur pun dah meningkat dan juga dah ada responsibilities yg lebih penting, syada buat keputusan nak berhenti habit nih, syada juz kumpul novel grafik Kaoru, Ben & Zint jerk.
Ini pendapat syada jelah. Pendapat seorang peminat yg tidak pandai/mahir dengan ilmu komik. Maaf kalau tersalah bicara. Tapi untuk peminat-peminat komik tempatan, peminat Ben khususnya, anda boleh juga beli komik nih, ada 2 karya Ben dalam nih ( Red Cube & The Players) & pengembaraan Ben di Jepun sempena kejayaan beliau dalam Japan's 1st International Manga Awards. Ada juga cerita tentang Faizal Tahir, Misha Omar, KerisPatih, Meet Uncle Hussain, latest handphone, games & film's review.

0 comments: