Nov 21, 2007

Anuar Zain Harapkan Miracle




Teks: Haswari Ali
Kelolaan: Haswari Ali
Foto: Pixel Unlimited
Penata gaya: Haswari Ali & Sidney Chean
Lokasi penggambaran: Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Pakaian & Persalinan Anuar Zain: Hugo Boss, DKNY, CK, GF Ferre @ +IT

Sudah beberapa kali penyanyi tampan Anuar Zain diterbangkan ke luar negara bagi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai penyanyi dan penghibur. Tidak lama dulu, beliau pernah diterbangkan ke beberapa lokasi hebat di United Kingdom dan sempat melepaskan lelah ke Jerman. Malah, dalam tahun ini, Anuar sekali lagi diberi peluang meluaskan pandangan ke kota perfileman Hollywood, Amerika Syarikat (AS). Adakah itu bermakna, Anuar sudah bersedia untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa? Apatah lagi pemilihannya sebagai antara penghibur tempatan berkongsi pentas dengan Diva Pop, Whitney Huston sempena festival konsert Life & Loud 07, awal Disember ini, satu peluang menarik. Ikuti temubual murai.com.my bersama penyanyi lagu Lelaki Ini itu.

murai.com.my: Anuar sudah berkunjung ke beberapa buah negara termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. Ada perkembangan menarik?
Anuar Zain: Kebanyakan kali saya ke sana bukan untuk memperkenalkan muzik saya, sebaliknya ditaja oleh pihak tertentu. Bagi saya, kalau untuk memperkenalkan muzik kita di sana terlalu sukar rasanya kerana ia perlu ada kerjasama dengan Kerajaan Malaysia supaya kita dapat mempromosikan lagu-lagu bercitarasa Malaysia.

murai.com.my: Kenapa perlunya ada kerjasama seumpama itu? Bagaimana pula dengan rangkaian dan contact anda sendiri ketika sana?
Anuar Zain: Saya tidak ada langsung contact atau networking di sana dan kalau untuk melebarkan sayap di luar negara, saya cuma harapkan miracle. Saya tidak begitu pasti sama ada industri hiburan kita sudah sampai tahap profesionalisme seperti mereka di sana. Mereka sudah berada pada tahap tinggi kerana saingan yang sengit, cara kerja dan mentaliti berbeza.

murai.com.my: Adakah itu bermaksud Anuar dah mula give up?
Anuar Zain: Bukan give up, tapi saya bersikap realistik untuk menyanyi di AS atau Eropah. Kecuali kalau ada miracle, itu lain cerita. Bagi saya, buat apa mereka ingin memberi kesempatan kepada orang luar, sedangkan negara mereka sendiri sudah ada berjuta bakat terbaik. Untuk ke sana, kita perlu bekerja sangat keras dan ada lebih wang.

murai.com.my: Kalau diberi peluang, muzik bagaimana yang akan Anuar bawa ke sana?
Anuar Zain: Perlulah lagu tradisional kita, kerana ia lebih baik daripada memperkenalkan muzik pop kita, kerana walaupun kita ada pop tapi pengaruh muzik pop mereka lebih advanced, jazz mereka juga advanced.Bagi saya kalau kita cuba dulu dengan muzik tradisional kita yang berkualiti, dari situ baru kita susuli irama muzik lain untuk generasi akan datang.

murai.com.my: Jadi di mana agaknya, kita akan melihat Anuar Zain selepas ini?
Anuar Zain: Mungkin kalau untuk mencuba mempertaruhkan dengan bahasa kita sendiri yang terbaik adalah di Indonesia. Perlu dibuat secara peringkat berperingkat.

Kenali Lagi Anuar Zain
Anda adalah?

Seorang yang baik hati, berkeyakinan, peramah dan suka membahagiakan orang lain. Apabila orang lain happy saya lagi happy.

Anda pada pandangan wanita?
Ingin dikenali sebagai diri sendiri dalam apa juga yang saya lakukan. Tak mahu orang memandang saya pada pandangan berbeza. Selalunya, saya menjadi diri saya sendiri.

Anda sebagai anak lelaki?
Menyenangkan keluarga, dari segi kewangan dan kebahagiaan orang tua, itu paling utama. Lebih suka memberi daripada menerima.

Lelaki idola anda?
Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi paling dahsyat sekali ialah ayah saya. Dia seorang yang bersiap sedia, membantu dalam kerja rumah, membesarkan anak dan juga saya. Mengambil berat terhadap keluarga, jiran dan orang lain. Dia banyak memberi daripada menerima daripada orang lain.

Lelaki pujaan anda?
Tan Sri Dr P Ramlee. Dia one in a million.

* sumber murai.com.my

0 comments: