Nov 28, 2007

Acha & Irwansyah di tv1



Syada bace utusan online tadi,tibe-tibe terbaca sesuatu yg kelihatannya amat menarik sekali.

Acha Septriasa, Irwansyah di RTM1 mulai malam ini

Bahang kisah cinta remaja yang menghiasi slot Arca di RTM1 disemarakkan lagi dengan sinetron terbaru Andai Kutahu yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, bermula hari ini pukul 7.30 malam.

Sinetron ini mengambil alih tempat Anggun yang tamat kisahnya pada 27 November lalu.

Andai Kutahu merupakan sinetron pertama lakonan pasangan kekasih, Acha Septriasa dan Irwansyah. Ia mengisahkan Karina (Acha Septriasa) yang dicintai dua beradik, Niko (Irwansyah) dan Marcel (Raffi Ahmad). Karina berasal dari keluarga miskin yang terpaksa bekerja sambilan bagi menambah pendapatan untuk membiayai pelajarannya. Karina merupakan seorang pelajar pintar yang menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Dia akhirnya diterima menjadi sukarelawan di sebuah hospital.

Maka, di sinilah bermulanya perkenalan antara Karina dengan Marcel yang mengidap barah otak. Marcel langsung tidak mengetahui bahawa Karina adalah gadis idaman Niko dan Karina juga tidak mengetahui bahawa Marcel pula adalah abang Niko. Niko merupakan seorang lelaki romantis yang percaya bahawa cinta sejati hanya datang sekali dalam seumur hidup. Sementara Karina mula sibuk menjaga Marcel, Niko melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Tugas Karina menjaga Marcel ternyata amat menyulitkan kerana Marcel bukan setakat tidak mahu belajar, malah juga enggan makan ubat. Marcel sebenarnya sudah hilang semangat untuk hidup dengan penyakit yang dihadapinya. Dia menganggap apa yang dilaluinya adalah satu ketidakadilan.

Namun, semua ini tidak melemahkan semangat Karina dan dia bertekad untuk membantu Marcel supaya kembali tersenyum dan menikmati waktu yang tersisa.

Berkat kesabaran dan bimbingan Karina, Marcel mula berubah dan belajar menikmati hidup sepenuhnya. Hubungan mesra sebagai kawan mula membuahkan benih cinta. Doktor akhirnya memaklumkan bahawa Marcel mempunyai peluang cerah untuk hidup seperti lelaki normal yang lain.

Berita ini menggembirakan Marcel dan dia berhasrat untuk menyuarakan rasa cintanya kepada Karina. Hari-hari mendatang ditempuhi dengan yakin oleh Marcel dan ternyata kedua-dua mereka menikmati sepenuhnya detik-detik kebahagiaan yang mengetuk pintu hati mereka.

Namun, bahagia yang dinikmati bertahan cuma seketika. Barah otak yang Marcel hidapi tidak sembuh sepenuhnya, malah, kali ini ia menjadi lebih serius daripada sebelumnya. Walaupun sedih dan terpaksa menanggung kesakitan yang amat perit, Marcel memutuskan untuk tidak memberitahu Karina. Marcel juga menolak untuk menjalani kemoterapi dengan alasan tidak mahu kehilangan rambutnya lagi.

Niko yang mendapat perkhabaran sedih mengenai kesihatan abangnya yang berada pada tahap membimbangkan, pulang untuk memberikan semangat dan memaksa Marcel untuk berjuang dan bertahan demi cinta. Mampukah Marcel menghadapi segala dugaan getir dan apakah yang bakal terjadi kepada Karina apabila mengetahui derita yang ditanggung Marcel? Pada masa sama, dia juga sukar melepaskan cinta Niko, adik Marcel.

Pastikan anda mengikuti kesudahan kisah cinta Karina, Marcel dan Niko dalam Andai Kutahu yang bersiaran di RTM1, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7.30 malam menerusi slot Arca mulai 28 November ini.

em,tak banyak info/gambar yg dapat syada carik. Tapi syada ade jumpe 1 blog nih, dia ade bg link tuk download lagu-lagu dar sinetron ni & lagu-lagu dari album terbaru Ungu kalau tak silap syada le.

3 comments:

aria ayumi said...

xtau plak ade cite acha+irwansyah kat tv1. *maklumlah semenjak de astro ni, uhu* :p

Unknown said...

kite pn tao sbb bce utusan on9.
klo x,jgn harap nk on ch RTM...
ekekeke =p


tp,best gk ah iter dia.
diya dh tgk?
wat do u think?

aria ayumi said...

erk, ter miss cite tu mlm smlm. sbb smlm dr mlm sampai ke pagi diya melayan dvd korea. huhu. nnt malam kang diya try tgk ;)