Nov 25, 2007

Yang Mana 1 Pilihan Hati?


Hmm,syada tak dapat tengok sangat semi-final pop rock tadi sebab mak syada tengok Sehati Berdansa & Oh! Lelaki. Dia tukar tv3 pun bile Dato' Seri nak nyanyi. Suka sangatlah mak hari ni coz fav singer dia dapat gie final AJL. Syada bukan big fan of CT, juz suke lagu-lagu dia je, tumpang gembira jugaklah. Tapi kalau AZ ade, mesti AJL lagi best & meletop kan?huhu =p

Dan mak marah benor bile Misha Omar tuh pun dapat gak. Hmm, peminat CT dengan Misha memang tak sebulu kot? Wallahualam. Syada tak kisah le sape yang dapat or sape yang menang. Bukan ade abg nuar bertanding pun..huhu =). Tapi harap-harap abg nuar akan perform sebagai guest artise malam tuh nanti =)

Tapi syada dah agak dah yang Jinbara mesti dapat tapi tak expect le sampai 6 lagu sekali yang dapat coz dorang cakap kat paper arituh 13 lagu je; 3 Etnik Kreatif, 5 Balada & 5 Pop Rock. Sekarang dah jadi 14 pulak. Nape tak genapkan 15 je?huhu =p

So, antara 14 lagu yang terpilih nih, korang nak sokong yang mane satu? Dan mana satu yang korang rasa ade chance nak menang malam AJL nanti?

  1. Samudera - Nora (Johan Nawawi/Ahmad Fedtri Yahya)
  2. Kasihnya Balkis - Aisyah (Adnan Abu Hassan/Moharis Yaakup)
  3. Dirgahayu - Ramlah Ram (Raden Sri/Hairul Anuar Harun)
  4. Izinkan Ku Pergi - Sahri/Kaer (Azlan Abu Hassan/Sulu Sarawak)
  5. Harapan - Fazli Zainal (Hazami/Hazami)
  6. Kasih Tercipta - Faizal Tahir (Ajai/Shuhaimi Baba)
  7. Ceritera Cinta - Jaclyn Victor & Lah (Ross Ariffin/Habsah Hassan)
  8. Maha Karya Cinta - Faizal Tahir (Audi Mok/Shah Shamsiri)
  9. Destinati Cinta -Dato' Seri Siti Nurhaliza (Lin Li Zen/PSSN)
  10. Sembunyi - Misha Omar & Andy Flop Poppy (Aidit Alfian/Loloq)
  11. Itu Kamu - Estranged (Estranged/Rich)
  12. Janjiku - Sofaz (Taja/Tass)
  13. Angan & Sedar - Mawi (M.Nasir/Loloq)
  14. Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) - Jinbara (Denai/Andy Rahman)

Ah, mak syada cakap pasangan Haiza & Hanape yang terkeluar. Ntah le, syada tak tengok sangat rancangan tuh, so tak tau le performance dorang. Tapi syada ade gak le tengok segmen yang ala-ala dairi AF tuh, yang 5 minit everyday tuh. Personally syada suka pasangan Vee & Shidi dan Anne & Wafi =).

4 comments:

aria ayumi said...

antara pat belas lagu tu, diya prefer lagu duet misha ngan andy kot. huhu. tahun ni lgsg xtgk separuh akhir muzik2. thn lps pun rsnya xtgk gak. huhu.

mrs syadAZ said...

hmm,syada tak tau le cz sume lgu yg syada boldkn tuh syada suke & ade potensi nk menang. tp nih perspektif syada yg bute seni/muzik ler..jz pandangan seorang peminat muzik. xpe diya,kite tgu je januari 2008 nti..=)

aria ayumi said...

uhuk. juara lagu ni ms bulan januari ke? adehh. rsnya tak bleh nak tgk dh. sbb dh msk sem br. btw, umah sewa yg br nnt xde tv. tp, nnt syada bitau dlm blog lah ye sape yg menang. diya nak tahu :)

mrs syadAZ said...

syada pn dh masuk sem br mse tuh..
g tgk kt mamak le kot..
hahaha =)

tp xpe,syada de informer..
mak syada le,spe lg..
ekekeke =p