Jul 13, 2009

Takziah & Al-fatihah


Saat aku memanjat syukur pada-Nya di hari ulang tahun kelahiran aku kerana masih di izinkan untuk bernafas sehingga ke hari ini, sahabat baik aku semenjak dari alam diploma pula menerima perkhabaran yang memilukan, kehilangan ayah yang di kasihi.. :(

Tiada kata yang mampu ku ucapkan untuk menenangkannya waima ini adalah kali pertama aku berhadapan situasi begini, orang yang aku sayang kehilangan orang yang mereka sayang. Hanya kata "sabar" yang mampu ku ucapkan, walau ku tahu itu tidak mampu meredakan hati yang sayu dan pilu itu.. :(

Imy, bersabarlah sayang, Tuhan lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya di tempatkan bersama orang-orang yang beriman, amin..


Al-fatihah kepada Allahyarham Syed Adzman & salam takziah kepada seluruh keluarga Syarifah Imylia Azmida, semoga kau tenang & redha dengan dugaan ini.

3 comments:

Anonymous said...

nper beb?
sape yg wat ko camtuh??
relax dear..chiil up..
jgn hiraukan org cmtuh..
pedulikan die..
go on with ur life..

Unknown said...

errr beb..gue rase lu dah silap komen nih..===> xpe,aku buat2 tak nampak..muahahaha :p

Anonymous said...

ptt ler aku cari komen aku x jmpe..
ahahaha..
aku xtau lak komen entry ko kat atas..ehehehe..
sori beb!