Jul 17, 2009

1 Yang Kecil Lawan 1 Yang Besar



Kenapa perlu aku di "anak-tiri"kan? Perlukan kamu berat sebelah? Kenapa harus membeza-bezakan antara aku dengan dia? Perlukah? Perlu? Kalau begini, macam mana la bangsa kita nak maju, di tindas oleh bangsa sendiri. Aku tahu kehadiran aku tidak di ingini, tidak dirancang dan tidak di perlukan, tapi kamu tak perlu layan aku begini, sungguh tidak adil.

Aku pelik, aku terpikir, apakah yang cuba kamu realisasikan dengan berbuat begini? Apa yang ingin dicapai dengan berbuat begini terhadap aku?Diskriminasi namanya, tahu tak? Sungguh tidak adil, aku mungkin bukan yang terbaik tapi aku juga tak patut dilayan sebegitu rupa..

Namun aku bersyukur, masih ada yang menyenangi kehadiran aku. Aku lebih gembira bersama dengan mereka, yang menerima aku seadanya dan memahami keadaan aku. Terima kasih.. :)

Tak apalah, aku fikir positif sahaja sekarang. Mungkin kamu tidak menyedari kelakuanmu itu. Tidak mengapa, manusia buat silap, itu lumrah kehidupan dan aku perlu redha dengan takdir aku. Aku percaya ada hikmah disebalik semua ini..amin

Pokoknya sekarang, aku tidak perlu melawan. Bak kata FaFau "Layannn.." :p

3 comments:

mizz feeqa said...

ni kenape ni beb...kt tmpt keje ke..sbrlh la ek..
kalo kt tmpt kje...kte pn dh rse di anak tirikn...

sabo la eekk..

LeyLi said...

erm..here to wish happy belated besday.

farah said...

apekah??? berdepan dgn manusia dengki khianat eh?? semoga berjaye lah..ekekekeke