Jul 7, 2009

MJ, You Rock My World



Lagenda Pop Michael Jackson ni siapa yang tak kenal, aku pun tak tau la nak cakap apa. Aku turut terkejut dan bersedih atas pemergian beliau. Tidak terlalu memuja, tapi 1 fakta yang tidak dapat di nafikan , aku boleh dikatakan membesar dengan lagu-lagu beliau. Aku rasa hampir semua budak yang lahir sekitar 80-an kenal dan membesar serta meminati beliau. Hampir semua lagu-lagu beliau aku hafal suatu ketika dulu walau sepatah haram tak faham English (masa itu la..), humming pun jadi la kan?hehe :p

Aku paling suka lagu tema filem "Free Willy", tapi tak tau la pulak tajuk dia..huhu

Malam ni, eksklusif di 8tv, di bawakan khas untuk peminat MJ di Malaysia, secara LIVE MJ's Memorial Service pada jam 1 pagi. Di khabarkan MJ akan di kebumikan secara Islam, wallahualam. Tapi aku jamin, ini sesuatu yang tidak akan aku lepaskan, akan ku sanggup bersengkang mata menonton memorial service ini walau esok kene bangun pagi untuk pergi kerja..huhu :p

2 comments:

November said...

lagu Free Willy tu tajuk nyer Will You Be There.. :)

nak nonton memorial tu, sediakan tisu bebanyak..amat memilukan..*sob*sob*

syada said...

thanks sis..tak larat tengok yg live, tengah tengok yg repeat kt channel V nih..sedey gk la..especially masa anak dia si paris berucap..huhu :(