Jul 3, 2009

Jula Juli Bulan Julai

Julai datang lagi. Aku memang suka nombor tujuh (7) & bulan Julai. Tepat 1 Julai hari tuh, genap-lah sebulan aku ber"praktikal" kat MARAliner nih. Seronok juga. Tapi apa-apa pun masih terlalu awal untuk membuat apa-apa andaian atau kenyataan. Mana tau hari esok rasa macam tak best pula, kan? Hmm, itu mesti kes sebab kene marah dengan bos..muahahaha :D

Lebih kurang 2,3 minggu juga aku tutup blog. Tiada sebab yang terlalu kukuh. Cuma seperti yang di nyatakan di status FB aku sebelum ini, sebab silap sendiri, aku terpaksa "menyembunyikan" sebentar blog aku. Ini untuk meng"cover" diri sendiri dari terdedah dengan anasir-anasir dan virus-virus cinta selsema "lembu pendek"..hahahaha :D

Dalam pada tu, terkejut juga ada diantara seorang dua insan yang bertanyakan tentang blog aku. Terkejut juga, tak sangka ada pembaca ya di sini. Yelah, di sini aku hanya merapu yang bukan-bukan, aku fikir kalau ada yang singgah pun hanya sekadar suka-suki kerana respon (komentar) yang di terima pun suam-suam kuku sahaja. Apa pun terima kasih kepada yang bertanya tentang "kehilangan" sementara blog ini 2,3 minggu yang lalu, membuatkan aku rasa di hargai & sedikit bersemangat untuk update..hehehe :)

InsyAllah sedikit masa lagi aku buka balik blog nih, masih ada sedikit benda yang perlu di edit. Dah la layout aku yang sebelum nih buat hal, tensi betol-lah.. :-/

3 comments:

[b][y][t][i][e] said...

yeahh!!dh leh bc..
mst ramai la yg bc blog ni..jgn risau..even xbyk komen..tp mst ramai yg bc punyerr ar..hee

p/s : sama-sama ;D

syada said...

silent reader gitu,yea cik bytie..?
hehehe.. :p

Azilah Aziz said...

Selamat berblog again..

Keje elok2..