May 18, 2009

Siput Mentarang

Sabtu lepas aku balik Manjung untuk buat check-up gigi besi sebab aku buat gigi besi aku kat sana. Kat KL mahal, sana murah sikit, kot?haha :p

Aku kalau balik Manjung guna jalan Sabak Bernam/Kuala Selangor, tak guna highway. Bila lalu kat area Sabak Bernam & Sekinchan tuh, akan nampak banyak gerai jual buah-buahan, selalunya jagung, mangga, jambu air dan ubi kayu pun ada gak. Ayah aku cakap, orang Jawa yang dok area tuh rajin, masa nak tunggu padi masak, dorang tanam la buah-buahan tuh, jual dapat gak duit dari buang masa. Bijak, kan?

Tapi yang amat menarik perhatian aku bila ada gerai yang jual siput mentarang. Aku yang sangat curious ni pun suruh ayah aku beli sebab aku teringin sangat-sangat nak rasa. Lagipun aku memang suka seafood..hehe :)

Ni la rupa siput mentarang selepas di bersihkan dari lumpur. Maaf la gambar tak berapa jelas. Untuk gambar yang lebih jelas, korang boleh Google sendiri.

Melalu info yang aku baca, mentarang ni selalunya ada kat area Perlis je. Tapi selepas Tsunami, tiba-tiba banyak pula kat area Sabak Bernam & Tanjong Karang nih. Tengok, ada hikmah kan Tsunami. Bukan hanya bencana, tapi juga pembuka pintu rezeki.

Sebab gerai yang kami beli nih penjualnya ialah budak-budak, so tidak la membantu sangat bila kami tanya cara nak masak & makan siput nih. Budak tuh cuma cakap masak macam masak kerang atau lala. So mak aku pun buat rebus air dengan serai je.



Rasa dia memang marvelous beb! Lebih manis dari lala. Isi dia pun besar lagi dari lala. Tapi kalau tengok rupa dia, memang macam tak lalu nak makan. Mula-mula aku geli gak tapi lepas rasa satu, pergh! Sangatlah sedap. Teringat lak masa aku mula-mula nak makan siput sedut, geli juga sebab lepas sedut aku tak telan terus kerana aku teruja nak tau apa rupa siput sedut tuh, sekali..ambik kau! Nyesal tak sudah! hehe :p

Sekarang misi aku nak makan siput buluh pula..huhu :)

4 comments:

MOLY said...

akak pun suka makan siput buluh ni
tapi yang paling suka makan abang bear la

:D

maiza said...

Syad
lain kali nak g check gigi ajak ar aku.
aku nak jer g sana...

Eireen Camelia said...

ohmaigod YAYTK mentarang ni sangat sedapp aghhhh!! mula mengidam... ooopsss ;-P

Unknown said...

erkk...masak lemak pun sedap tau...

atau tumis sempoi dgn bwg putih je..

haihhhh!!

eh..salam ziarah..hiks!!