Apr 3, 2009

Tensi Nyer..!



Aduh, sibuk gila minggu nih. Ahad ni ada presentation SM, Isnin ni kene submit Risk stage 4, Selasa test 2 SM, dan Rabu ada presentation BEL. Gila tak gila kentang jugak la life aku minggu 13 dan 14 sesi kuliah kat UiTM nih. Itu pun belum kira test 2 Risk yang tak tau nak selit kat mana sebab belajar pun tak khatam lagi weh. Gila dasat ke'busy'an aku kan? Mengalahkan Najib naik pangkat hari ni..huhu

Rasanya tak dapat la aku keluar hang out dengan Miz J dan Fara esok. Padahal, aku memang nak sangat join sebab dah lama tak jumpa dorang, especially Fara. Itu pun tetamu khas yang amat penting tak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tertentu. Takpa, bulan Mei nanti aku free sebulan, kita ronggeng sepuasnya,ok?

0 comments: