Apr 18, 2009

Simple Celebration


Maaf la dah lama tak update. Sibuk siapkan assignment risk. Lagipun takda benda nak stori-mori..hehe. Seperti yang tertera disini, 17hb April adalah harijadi abang kesayangan aku (walau selalu gaduh, tetap sayang la weh, aku dua beradik je..). Seperti biasa, kalau ada event begini kami selalu celebrate kat Pizza Hut je. Tradisi. Dapat makan-makan & bergelak ketawa, tak kurang juga gaduh-gaduh manja..haha :D

Sebenarnya aku berangan nak hadiahkan abang perfeum David Beckham memandangkan dia kipas-susah-mati DB, tapi sebab title aku sebagai student tidak memungkinkan aku untuk melakukan itu, maaf. Mungkin lain kali. Jadi untuk meng-cover rasa tak best dan juga sedikit pengharapan agar aku juga dapat kek masa harijadi aku nanti (hahaha) sambil melihat kondisi purse aku, hanya melayakkan aku membeli sebuah kek kat King's Confectionery. Maaf la, masih tak mampu nak beli kek Choklat Indulgen SR kegemaran kamu..huhu :)

Yup, mama's boy.


Abang: Apasal meEn je nih? Ingat kawan-kawan kau je ker?
Aku: Segan nak suruh dia tulis abang, nanti dia ingat adik gedik beli kek tuk boyfriend.. :p


Semoga di panjangkan umur &
Di kurniakan kesihatan yang berpanjangan,
Di bukakan pintu rezeki &
Di limpahi rahmat-Nya
Amin..


p/s: Happy Birthday untuk Wina juga (15hb).

3 comments:

.::aDa::. said...

aku ingat abg ko ni..yamin kan?hehe..

m e E n said...

love u mok.

jeffry azizi jaafar said...

yela ada, aku pn igt si yamin tuh.