Mar 14, 2009

Cendol Sangat Enak


Semalam petang lepas solat Jumaat habis aku keluar dengan mak ke SOGO sebeb kes mengidam..huhu.Sampai-sampai terus attack lift dan tekan nombor 6 untuk ke food court. Ini sebab kes kebuluran dan aku bedal bihun sup ni je sebab terlalu banyak pilihan sampai tak tau nak makan apa. Tapi tak sedap sangat sebab tak pedas. Tak gagah perkasa la kalau tak makan pedas, kan?hihi

Mak pula terus attack gerai cendol, dari harituh mengidam katanya..hahaha, layankan saja. Tapi serius, cendol kat situ memang sodap dan lemak berkrim. Tak tipu, tak caya try sendiri. Tuh tengok kacang merah dia letak, serius melimpah ruah..hoho

0 comments: