Feb 17, 2009

Hat-trick

Hujung minggu lepas aku kene attack teruk. Sabtu malam hingga Ahad pagi aku kene period pain. Then sesuatu terjadi...Pastu hari ni (isnin) kat UiTM tadi pun aku ala-ala kene kedebuk sekali dengan seseorang. Entah la, mungkin perasaan paranoid aku je kot. Tapi sudah jelas terang lagi bersuluh la kot, aku faham..

Gila hebat dugaan aku sekarang. Dah la aku kalau time datang bulan nih agak-agak emosi dan mood swing sket. Stress memang la amat-amat aku benci. So aku hanya mampu menangis. Aku lemah? Aku bachul? Aku pengecut? Aku sangat mengecewakan? Terpulang..

Gila jiwang sensitif aku, tiba-tiba dalam class risk tadi aku teringat dan bernyanyi-nyanyi kecil (dalam hati je yer..) lagu "Hati Ini Telah Dilukai". Tapi masa tuh aku tak ingat tajuk lagu, cuma ingat bait "Biarkanlah...Biarkan aku hidup sendirian". On the way nak balik baru ingat tajuk lagu.

Then tak lama selepas itu radio main lagu Kerispatih pulak, "Bila Rasa Ini Rasamu", tak semena-mena aku cembeng. Wah, gila emosi dan sensitif ye aku nih. Tiba-tiba jer. Kalah orang mengandung lagaknya..huhu

Pastu, sampai rumah aku terus layan sedih dihati. Dalam playlist nih semua lagu jiwang sedih + slow. Malas la aku nak senaraikan, nanti korang cakap aku tangkap leleh plak, kan..hehehe. Tapi antaranya lagu ini. Korang pernah dengar algu nih?

Layang Layang Terputus Talinya
by Alleycats

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Ku cuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa 
walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita engkau dimana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya

Derita oh derita engkau dimana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Tak mungkinnya mimpi jadi realiti
Tapi pasti di suatu hari nanti sinar suria kan menjelma

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa walau aku dihina
Namun aku tetap aku

1 comments:

Miss Ana Atimin said...

ohoho... sape yg kedebuk ngko ni syad.... meh cni sy balas balik...