Dec 19, 2008

Anda Sahabat yang Bagaimana?

Syada bukanlah minat sangat sebelum nih dengan ahli keluarga Spongebob tapi bila rakan-rakan serumah layan cerita ni pukul 5 petang selepas habis kuliah, dari join-join tengok, jatuh cinta pula dengan karekter yang ada..hehe

Seronok kan lihat kehidupan mereka dalam air. Sama kagumnya bila syada tengok cerita The Flintstone yang hidup pada zaman batu tuh..hehe

Tapi yang lebih menarik pada syada ialah PERSAHABATAN atau PERHUBUNGAN diantara sesama mereka terutamanya teraju utama kartun ini, Spongebob, Patrik, Squidward, Sandy & Mr.Krabs.

Pada syada:
~Spongebob seorang yang nakal, suka mengikut perasaan tapi berhati mulia;
~Patrik pula yang lurus bendul, terlalu menyayangi Spongebob tapi kadang-kadang menyusahkan;
~Squidward yang cepat marah, sentiasa bersikap negatif terhadap Spongebob & Patrik tapi kadang-kadang lembut hati juga;
~Sandy yang selalu ada disisi kala kesusahan, bijak pandai tapi bukan sebahagian daripada mereka (bukan hidupan laut) a.k.a berbeza; dan
~Mr.Kraby yang kedekut, pentingkan harta (atau mungkin juga diri sendiri) tapi berfikiran jauh/kreatif (yelah,orang business..)

Jadi, yang mana satu adalah anda?Karekter yang mana satu menggambarkan anda. Mungkin "penilaian" diatas tidak secara menyeluruh tapi pasti ada salah satu karekter diatas yang anda rasakan seperti sangat dekat dengan diri anda, bukan?

Pilihan syada?hehehe..mana boleh beritahu. Biarlah rahsia =p

Pada pandangan anda, mana satu merupakan sahabat yang baik? Apakah sebenarnya sahabat yang baik? Adakah bila sesorang itu bersama-sama susah & senang kita, terus kita boleh melabelkan dia sebagai sahabat baik kita? Or when she lended her ears to listen to or, her shoulder for us to cry on? Bolehkan sahabat sejati melukakan hati kita? Bolehkan kita melukakan hati mereka? Adakah mereka menerima kita seadanya sepertimana kita menerima mereka seadanya? Menerima kelemahan & kelebihan masing-masing? Yang menegur kesalahan kita kerana rasa tanggungjawab, bukan kerana "arahan" dari orang lain? Bagaimana pula dengan mereka yang dihadapan kita lain, dibelakang pula lain reaksinya? Adakah mereka sahabat? Apakah sahabat pada anda?

Gambar dibawah nih menjelaskan maksud sahabat. Anda setuju?




As we go on.. We remeber... All the times, we had together... As our lives change...come whatever We will still be friends forever..

[Graduation Day - Vitamin C]

1 comments:

Anonymous said...

comelnya syada ni. karektor spongebob pun boleh jadi friends descriptions ye. huhu. rasa mcm nak copy laks =)

owh.diya rasa diya sandy kot. cewah. ahaha. tak tahu lak diya ni kwn jenis camne. kwn2 diya sndiri kot yg kena jwb soklan ni =D

byknya soklan syada tu. diya jwb simple jelah ye. sahabat sejati ni memang adakalanya akan menyakitkan hati kita. sebab mereka tahu apa betul dan apa yang tak betul untuk kita. dalam erti kata lain, mereka akan tegur dan bagi nasihat secara terus. mungkin sebab tu, kita akan jadi mudah terasa. tapi, bila fikir2 balik, ada betulnya apa yang dia tegur tu =)