Oct 9, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum semua (de ke org bce blog aku nih??). Dikesempatan ini syada nk ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri, mohon dimaafkan segala salah & silap, atau terkasar bahasa jikalau ada. Syada manusia yg lemah,sering tersilap langkah. Tapi itu tidak bermakna syada akan terus melakukan kesalahan yg sama,syada akan cuba memperbaiki diri ini untuk menjadi manusia yg lebih baik di masa akan datang. Harap anda turut membantu syada dalam proses ini. Berjuta juta kemaafan amatlah dipohon dari kedua ibu bapa syada & juga abg syada yg byk berkorban dalam memastikan syada dapat yg terbaik dalam hidup.Hanya Tuhan saja yg dapat membalas jasa anda. Juga kepada sahabat sahabat baik syada (imy,dayang & meL), teman teman seperjuangan (6mawar,batch 7,smk seri manjung,5maju,bm111 & bm223) & rakan rakan sekalian.terima kasih kerana sudi berkawan dgn syada.Syada tau mulut syada kadang kadang laser,xde insurans tapi syada xbermaksud nk sakitkan hati korang semua.korang lah kawan paling besh penah syada jumpe. Selain itu,kepada guru guru & pensyarah pensyarah yang sudi berkongsi ilmu & mencurahkan bakti kepada kami semua. Maaf jikalau ada tersilap kata atau terkasar bahasa. (hmm,lain mcm je lak entri nih..). Semoga di Aidilfitri ini, kita semua akan mendapat keberkatanNya. Berhati hatilah dijalan raya. Kat student IPT yg akan final exam selepas raya nih,beringat ingat lah yek.. =p

1 comments:

MOLY said...

Selamat hari raya syada

;)