Showing posts with label my anuar zain. Show all posts
Showing posts with label my anuar zain. Show all posts

Nov 16, 2011

Anuar Zain 2011


A week after release, aku dah terus beli.
Tapi baru hari ni nak eksyen..haha =D
Konon nak post sempena AZ menang kt AIM18 hari tu la..
#padahal
Tapi belum hafal lagi lagu² dlm ni :(
#KononBusy
*kemaruk hastag twitter..haha ^o^

Sep 17, 2009

My Favourite Raya Song

Auto-publish Entry :)

Raya datang lagi. Kat office aku baru Ramadhan pertama (eh,1st Ramadhan coti la..) I mean Ramadhan ketiga dah ada orang pasang lagu raya, sungguh sangap..hahaha~

Pasang lagu raya awal-awal tak feel la, betol tak? Paling tangkap syahdu bila main lagu raya masa minggu terakhir Ramadhan, baru tangkap leleh.. :)

Personally aku suka semua lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh penyanyi evergreen, lagu-lagu baru ni ntah apa-apa sikit la, kalau best pun lagu DSN la, of cos!

Tapi dalam banyak-banyak lagu raya evergreen tu, aku paling suka 2 lagu ni, 1 lagu gumbira riang ria hari raya, 1 lagi lagu sedey + syahdu. Memang best la weh, terbaek dari FarmVille! ops~ :p


Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa

Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia

Dalam kerinduan ayah dan bonda
Segala juadah disediakan
Mengharap pulangnya anak yang tersayang
Usah hampakan hati orang tua

Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri
Bergembira

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya

Teruskan amalan desa di kota
Kunjungi jiran di hari raya
Kesibukan kerja bukannya alasan
Kita beraya selama sebulan


Anuar Zain - Bersabarlah Sayang (originally sung by Sanisah Huri)

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

Sep 15, 2009

Event AZ lagi

Auto-publish entry :)


Dammit! Gila mahal event "abang" ku yg seorang ni..Paling murah pun RM600 per head okey?? No, its not okey lor..gila memang aku tak mampu la kan..Pasti event itu nanti dipenuhi oleh mereka yang gedix nak mampus mengambil kesempatan untuk peluk atau lebih teruk cobaan kiss pipi AZ, if boley comolot pun dorang nak kot..gila tak bermaruah mereka ini. Eh, jangan samakan aku dengan mereka okey, aku jumpe AZ diam terkasima seribu bahasa, ambil gambar dia dari jauh dan sengih macam kerang busuk sorang2 bila balik tido malam tu okey..Tak percaya, sila tengok sini, ada tak aksi memualkan oleh aku dengan AZ?huhuhu :)

Eh, eh, lari tajuk esei dah ni, mau fail kalau cikgu BM aku check..hahaha. Ok, aku bengang bukan saja pasal harga tiket, I mean bebaloi la kan sebab AZ sangat EXSCLUSIVE kan..tapi beragak la weh..yang menambahkan sakit pankreas aku ialah tempat dia buat event ni sekangkang kera je dari tempat kerja ku weh..adoyai~

Kalau jauh takpe gak kan, aku faham & sanggup berputih mata, tapi tempat ni memang padang mainan aku di masa lunch hour kan, memang bikin panas jelah weh..jangan tanya kenapa aku hilang masa lunch hour nanti tak balik2 opis sampai sudah kan..hahaha :p

Jun 14, 2009

Konsert Solo Anuar Zain

Updated: Sebab hal-hal yg tidak dijangka, aku tidak akan pergi ke konsert ini. Amat sedey sekarang. Sila jangan cari pasal/gadoh dengan aku. Harap maklum.



Ya, seperti yang sedia maklum kepada pembaca tegar & sahabat handai yang kenal akan diriku ini, AKU MEMANG PEMINAT KIPAS-SUSAH-MATI ANUAR ZAIN.

Tatkala menerima perkhabaran gumbira ini, pankreas aku melompat-lompat kegirangan seolah-olah baru lepas minum Ribena riang ria hari raya.

Aku mahu pergi, tak kira! Cuma perlukan sesiapa yang SUDI MENEMANI aku dengan kos tiket yang SENDIRI TANGGUNG! Kalau nak aku belanja, boleh. Tapi aku mampu belikan tiket yang murah sahajalah untuk si peneman itu sebab sejumlah wang yang lumayan akan digunakan untuk diri aku sendiri untuk membeli tiket yang paling mahal (mungkin) agar ANUAR ZAIN betol-betol seinci dari muka aku. Atau mungkin ada sesiapa yang sudi menaja aku sempena ulang tahun kelahiran aku 13 Julai nanti?? muahahahaha :D
(eh, aku serius nih, cepat hubungi aku kalau anda berminat, samada sebagai peneman atau penaja)

KONSERT LELAKI INI - ANUAR ZAIN

DATES: 1 & 2 JULY 2009 (Wednesday & Thursday )
VENUE: Istana Budaya
TIME : 8.30PM
TICKET: RM25, RM80, RM180, RM200, RM250
(tiket RM80 dah habis tuk kedua-dua hari..sedey tahap cipan)
(tickets available now at Istana Budaya & ticket2u
BROUGHT TO YOU BY: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

More info,click here.

Apr 7, 2009

Oh Anuar Ku Sayang


Hahahaha, sian kan kat aku? Aku baru tau Anuar Zain tuh student UiTM. Ceh, inikah yang dikatakan kipas-susah-mati Anuar? Mau kene gelak dengan kipas-susah-mati yang lain..huhu

So aku nak ucap terima kasih la kat lecture risk aku, sebab assignment dia la, aku menjejakkan kaki kat Geleri UiTM ni, dan masa ni la baru aku perasan wajah Anuar kat Hall of Fame bersama orang-orang yang berjaya, hasil produk UiTM. Aku juga terkejut tengok wajah Dato' K ada kat situ ye. Berjaya menambat hati Pop Princess Malaysia,mungkin?huhu :p

Sila maafkan sahabat aku ye sebab itu memang trademark dia untuk berwajah begitu. Jangan kau pandang rendah terhadapnya ya, sebab dia telah berjaya mengunci hati seorang jejaka Sabah. Ko ado?

Esok ada presentation BEL, penting nih sebab takda final exam, so markah akhir bergantung kat presentation. Wish me luck ye. Al-maklum la, sejak pakai braces nih, asal aku bercakap je mesti ada salah sebut. Kemudian mula la jadi bahan gelak kawan-kawan aku yang memang suka gelak tak ingat dunia..hehehe :)

Feb 15, 2009

Happy Birthday AZ



Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Anuar..
Happy Birthday to you..

I'm 1 of your biggest fan (memang badan aku pun agak-agak sehat..huhu) mengucapakn semoga panjuang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan ditemukan jodoh yang baik dan sesuai (aku le tuh..hahahaha xD)
Teruskan berkarya ye..biarlah apa orang nak kata, aku pedulik apa,kan..night everone!

Rindu saat ini.. ;)

Jan 18, 2009

Anuar, Bidadariku..



Ada sesiapa yang berminat? Sangat-sangat rindu kat abang Nuar, teringin nak jumpa dia lagi. Last jumpa 2007 Siapa sudi teman? Anyone? Jomlah, gerenti best!

May 31, 2008

Konsert Fenomena Aidilfitri AZ & ZZ



Pass masuk (jumlah terhad, hanya 200 pass sahaja) untuk menonton Rakaman Konsert Fenomena Aidilfitri Anuar Zain & Ziana Zain ...

Untuk mendapatkan pass masuk, sila email kepada Kiera ( anuarzainfanclub04@yahoo.com ) dengan butir-butir berikut:

1. Nama
2. Bilangan pass
3. Nama-nama kesemua yang akan hadir
4. Email
5. Contact Number

Butir-Butir Lanjut
Acara : Rakaman Konsert Fenomena Raya Anuar Zain & Ziana Zain
Tempat : RTM Angkasapuri
Tarikh : Rabu, 11 June 2008
Waktu : 8.00 malam
Dresscode : Harap hadir dengan pakaian bertemakan Hari Raya


Untuk maklumat dan lain-lain pertanyaan, sila hubungi Kiera di-talian +60178869884

Mar 30, 2008

A Night With Him



wah..abg nuar ku de wt show lah..tp syg seribu kali syg..diriku tidak le dpt menghadirkan diri kerana 2 sebab musabab yg sgt jelas lg terang bendrang halangan yg menimpa..

1: mne nk cekau RM300 beb?! monthly aku dpt pn bpe sen le sgt kn..tank kete lg..topup lg..klu dlu RM80 jerk,mampu le bete nk membayor nyer..

2: gua tgh final exam lor..adeh,npe le abg nuar nih ske sgt wt show mse aku tgh final..? mse park royal arituh pn actly aku tgh final, tp sbb de gap hai final tuh,mampu le gk aku mencilokkan diri ke kL jap..tp yg nih,mmg xbley lah kn..aku mmg de paper 2hb mei tuh..aduhai
..=(


jd,de sape2 sudi mensponser diriku ini?amatlah dialu2kan..bantulah sy yg memerlukan..hiks =p

Dec 9, 2007

2nd Single is out

Tengahari tadi mase on the way nak g umah maksu kat semenyih, tibe-tibe terdengar 1 intro lagu kat radio (era.fm). Terdetik kat hati,"cam tau je lagu nih..".
Sah! Memang betoi pun! Kenal sangat dengan melodi yang mendayu-dayu tuh. Yup, 2nd single abg nuar dah diputarkan di corong radio. Tak sia-sia aku ngundi kat website era.fm untuk segmen "Baru Di Era".

Yeay! Nanti boley masuk carta era. Yelah, Lelaki Ini pun dah jatuh tergolek dog dari no.1 ke no.7 sekarang nih. Sian abg nuar. Sedap pe lagu tuh. Lain dari yang lain. Korang jelez kan..?hehehe =p

Tapi lagu baru nih pun sedap gak. Syada penah bace kat mane ntah, yang mengatakan abg nuar SANGAT SUKA lagu Ketulusan Hati nih. Syada pun mase beli album nih, bile dengar selalu tuh, mula-mula jatuh cinta dengan I'm The Lucky One, then Ketulusan Hati. Dalam mase seminggu je dah boley hafal lirik 2 lagu nih. Then mase tengok abg nuar kat muzik[at]ria, suka lagu Hanya Milikmu plak. Pastuh mase kat Park Royal, suka Teman Terulung plak. Then bile de member cakap dia suka Tak Lelah, syada pun suka gak. Sekarang tengah jatuh cinta dengan lagu Bidadari. *suka intro lagu tuh, rase cam abg nuar nyanyi kat syada..hahaha=D.

Bukan ape, sape yang dah beli & dengar the full album, pun mesti cam syada. Mula-mula suka lagu tu, then lagu nih plak, pastuh lagu yang itu plak. Mula-mula syada tak pasan lak benda nih jadi tapi bile bace entri abg ajami dengan mr.manager barulah syada paham kenapa. Walaupun syada tak bape nak kenal sangat menatang ape live strings tuh, yang syada tau sumer lagu dalam album nih sedap. Rugi sape tak beli. Dan lahanat jahatnye le sape yang download tuh..huhu =p

Nov 25, 2007

Susahnya nak dapat Anuar Zain


Ai, susahnya nak cari magazine nih. Semalam gie Tesco Kajang, gie kedai News.com, dorang cakap takde. Bile syada tanye, dia cakap mane ade GLAM Lelaki cover Anuar Zain, GLAM tuh cover majalah pompuan, then dia tunjuk GLAM wanita. Ish, geram lak syada di buatnya. Padahal GLAM Lelaki nih dah beberapa hari berada di pasaran. Dia keje kt kedai buku, takkan le tak tau plak.
And yang paling syada geram, masa syada tanye, dia bukan pay attention sangat kat syada, dia sibuk main handphone. Ish, nak je rampas & campak benda alah tuh kat lantai, biar berkecai tapi nasib le mak syada dah ajar, tak baik campak-campak barang orang..huhu =p. So tahan jelah.
Takpe, esok try carik lagi. Harap masih ade stock lagi. Hmm,dah le bile cuti nih jarang kuar umah, dok terperap je dalam umah nih. Nampak gaya nya kenalah kuar esok. Nak pesan abg beli, ntah dia tau ke tak.. Ok lah, nak g tengok semi-final AJL pop rock nih, nanti sambung lagi, bye =)

Nov 21, 2007

Anuar Zain Harapkan Miracle




Teks: Haswari Ali
Kelolaan: Haswari Ali
Foto: Pixel Unlimited
Penata gaya: Haswari Ali & Sidney Chean
Lokasi penggambaran: Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Pakaian & Persalinan Anuar Zain: Hugo Boss, DKNY, CK, GF Ferre @ +IT

Sudah beberapa kali penyanyi tampan Anuar Zain diterbangkan ke luar negara bagi memenuhi tuntutan kerjayanya sebagai penyanyi dan penghibur. Tidak lama dulu, beliau pernah diterbangkan ke beberapa lokasi hebat di United Kingdom dan sempat melepaskan lelah ke Jerman. Malah, dalam tahun ini, Anuar sekali lagi diberi peluang meluaskan pandangan ke kota perfileman Hollywood, Amerika Syarikat (AS). Adakah itu bermakna, Anuar sudah bersedia untuk melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa? Apatah lagi pemilihannya sebagai antara penghibur tempatan berkongsi pentas dengan Diva Pop, Whitney Huston sempena festival konsert Life & Loud 07, awal Disember ini, satu peluang menarik. Ikuti temubual murai.com.my bersama penyanyi lagu Lelaki Ini itu.

murai.com.my: Anuar sudah berkunjung ke beberapa buah negara termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. Ada perkembangan menarik?
Anuar Zain: Kebanyakan kali saya ke sana bukan untuk memperkenalkan muzik saya, sebaliknya ditaja oleh pihak tertentu. Bagi saya, kalau untuk memperkenalkan muzik kita di sana terlalu sukar rasanya kerana ia perlu ada kerjasama dengan Kerajaan Malaysia supaya kita dapat mempromosikan lagu-lagu bercitarasa Malaysia.

murai.com.my: Kenapa perlunya ada kerjasama seumpama itu? Bagaimana pula dengan rangkaian dan contact anda sendiri ketika sana?
Anuar Zain: Saya tidak ada langsung contact atau networking di sana dan kalau untuk melebarkan sayap di luar negara, saya cuma harapkan miracle. Saya tidak begitu pasti sama ada industri hiburan kita sudah sampai tahap profesionalisme seperti mereka di sana. Mereka sudah berada pada tahap tinggi kerana saingan yang sengit, cara kerja dan mentaliti berbeza.

murai.com.my: Adakah itu bermaksud Anuar dah mula give up?
Anuar Zain: Bukan give up, tapi saya bersikap realistik untuk menyanyi di AS atau Eropah. Kecuali kalau ada miracle, itu lain cerita. Bagi saya, buat apa mereka ingin memberi kesempatan kepada orang luar, sedangkan negara mereka sendiri sudah ada berjuta bakat terbaik. Untuk ke sana, kita perlu bekerja sangat keras dan ada lebih wang.

murai.com.my: Kalau diberi peluang, muzik bagaimana yang akan Anuar bawa ke sana?
Anuar Zain: Perlulah lagu tradisional kita, kerana ia lebih baik daripada memperkenalkan muzik pop kita, kerana walaupun kita ada pop tapi pengaruh muzik pop mereka lebih advanced, jazz mereka juga advanced.Bagi saya kalau kita cuba dulu dengan muzik tradisional kita yang berkualiti, dari situ baru kita susuli irama muzik lain untuk generasi akan datang.

murai.com.my: Jadi di mana agaknya, kita akan melihat Anuar Zain selepas ini?
Anuar Zain: Mungkin kalau untuk mencuba mempertaruhkan dengan bahasa kita sendiri yang terbaik adalah di Indonesia. Perlu dibuat secara peringkat berperingkat.

Kenali Lagi Anuar Zain
Anda adalah?

Seorang yang baik hati, berkeyakinan, peramah dan suka membahagiakan orang lain. Apabila orang lain happy saya lagi happy.

Anda pada pandangan wanita?
Ingin dikenali sebagai diri sendiri dalam apa juga yang saya lakukan. Tak mahu orang memandang saya pada pandangan berbeza. Selalunya, saya menjadi diri saya sendiri.

Anda sebagai anak lelaki?
Menyenangkan keluarga, dari segi kewangan dan kebahagiaan orang tua, itu paling utama. Lebih suka memberi daripada menerima.

Lelaki idola anda?
Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi paling dahsyat sekali ialah ayah saya. Dia seorang yang bersiap sedia, membantu dalam kerja rumah, membesarkan anak dan juga saya. Mengambil berat terhadap keluarga, jiran dan orang lain. Dia banyak memberi daripada menerima daripada orang lain.

Lelaki pujaan anda?
Tan Sri Dr P Ramlee. Dia one in a million.

* sumber murai.com.my

Nov 17, 2007

Hanyalah Gosip Semata-mata


Hm,kecoh kt circle99/anuarzain yg gambo nih merupakan "kawan" abg nuar. Syada bukan apelah,tengok sekali imbas je dh boley agak yg she's one of AZ fans. Bak kata kawan syada,not his taste-lah,no offense ye. Lagipun syada cm de nmpak je wajah wanita nih mase event 8hb arituh. So,what do you think?
bisikBisik: tp kalo betoi,harap "maaflah" yek..

Nov 13, 2007

Aidilfitri Bersama Anuar Zain @ Park Royal

Yeay! seronoknya dapat jumpe AZ. Hari yg akan ku kenang sampai bila2. Sampai dlm jam 12.45tghari sebab majlis dijadualkan bermula jam 1ptg tp dewan tu rasanya hanya baru dipenuhi oleh lebih kurang 50 peminat sahaja kalau tak silap. Erm,biasalah..

Syada ditempatkan kat Table 12. masa tuh br ada 3org je kt table syada. Cerita lanjut sekejap lg.

Nampak gayanya warna tema dewan nih merah. Cantik sgt, sebab menyerlah. Suasana dewan & pentas pula warna emas, mmg contra sgt tp harmoni. Pada syada nampak bertenaga & ceria. Seperti mengambarkan tenaga, semangat & sokongan peminat terhadap perjuangan abg nuar..

Door gift pun cantik. Kak Kiera ckp dorg tempah spesel tuk event ini,tak jual kt mana2. Wah,bertuahnya badan! syada tak sampai hati nk gune. Nk simpan elok2. Kenangan tuh.. ;)



Dr kiri: Sandy,kak Zainab & kak Noni.Dorg nih dtg dr Sarawak tau. NI barulah dikatakan peminat setia a.k.a kipas-susah-mati (die hard fans). Dorg sgt baik & ramah. Seronok dgr cerita dorg tentang AZ sbb dorg slalu gie function AZ cm minggu setiausaha april arituh kt JW Marriot KL,dorg sanggup dtg dr kuching semata2 tuk AZ. Tabik springg-lah.. ;)

abg nuar sampi lebih kurang jam 3ptg berbaju melayu warna ungu. Cis, kalau tau abg nuar pakai bju ungu,syada pakai bju raya syada. Warna ungu gk. Tp bju tuh macam dh penah nampak abg nuar pakai kt 1 event tuh. Ingatkan abg nuar pakai bju warna merah sbb dlm URTV,abg nuar ckp tema bju raya family dia tahun ni merah...

Betapa baik & humblenya abg nuar nih, dia gie round/bertegur sapa dgn sumer peminat & minta maaf sbb dia terlewat. Tak apalah abg nuar, "relaku menunggumu seribu tahun lagi..." =)

Abg nuar buat ucapan. Cakap lama2 pn xpe, "aiman tak kisah.." ;)

Abg nuar nyanyi tuk bday gurl. Sory,lupa name budak tuh..huhu =p



Argh, senyuman yg telah mencairkan hati peminat wanita beliau

Ku jatuh cinta dgn lesung pipitmu itew.. ;)

Kusyuk mendendangkan lagu Teman Terulung. Ya,syada sanggup jd sayap abg nuar tuk abg nuar terbang tinggi & jauh. Go Anuar go go go! =p

Peminat2 Table 12





Hampir jam 7.30mlm br sampai Table 12. Abg nuar sedang beramah mesra dgn peminat Table 12.

Muka letih pn sanggup lg layan ktorg. Cool giler! harap abg nuar igt syada. salah seorang peminat beliau yg sanggup guna duit ASB semata2 nk beli CD & bayar function's fee sbb loan belum dpt lg.. =). It was worth it! Seriously! Syada beli CD tuh 1 week before 1 Syawal & by 2 weeks je syada dh boley hafal sumer lagu. Paling suka lagu I'm The Lucky One, Ketulusan Hati & Bidadari. Lagu lain pun suka jugak cuma buat masa sekarang asyik ulang 3 lagu nih jer. Jangan CD nih stuck sudah..hehehe =p

Tengah sign autograf kt CD syada. Thxs ye abg nuar.

Biar apa pun yg terjadi,syada akan tetap menyokong perjuangan karier abg nuar. Keep on rocking our world with your wonderful voice & songs,ok?


Akhir kata,syada happy sgt cz akhirnya dapat gk jumpe idola syada. Thxs to those who make it happend especially kak rohila,kak kiera,kak faizah,kak belle & of course abg nuar sendiri. Syada pn nyaris xdapat datang sbb tarikh function dalam minggu final exam uitm. Nasib exam 7hb. Walaupun 3hari je gap sbb 11hb syada de last paper,syada sanggup lari g KL jap. Nasib KL-melaka xjauh mana..hehehe =). Makanan pun sedap2 belaka. Syada harap function nih jd annual activity AZfc. Tahun depan buat lg ye? Nt boley jumpe kawan2 yg syada br kenal masa function nih.Wassalam

bisik2: sape kenal de sorg fans nama huda dok kt Table 10 yg pakai kebaya hitam arituh?Yang dtg dgn boyfriend dia tuh..anyone?

Nov 12, 2007

I'm The Lucky One

yup,im the lucky to be able to go to "aidilfitri bersama AZ" arituh kt park royal. at last,dpt gk berjumpa dgn idola kesayangan beb! kawan2 sumer dh jumpe dgn idol masing2 (dyg dpt jumpe datok CT,imy dpt jumpe tam spider) dan skang turn aku plak.dh le byk rintangan yg harus dihadapi sebelom dpt jumpe dia.nyaris2 xdpt tau! nantilah upload gambo,penat. br smpi dr melaka. tgk,ada final exam pn sempat lari balik kL jap semata2 sebab AZ! setia tak aku padanya?huhuhu =)

notaNoty: yeay1 aku plg suka cuti sem. boleh bermain tenet 24/7. tak makan pn xpe..heheheh =p

Oct 3, 2007

i dream of him last nite =)


omg!i dunno is it a miricle or what??last nite i had a dream that i meet with my fav singer of all time,who else?ANUAR ZAIN lor..then tghari td aku dpt msj yg aku dpt book tempat tuk aidilfitri bersama anuar zain (among with the 50 other people who were fast enuff to email the penganjur).well,its my luck.dh lme aku terbayang2 nk jmpe dia,dpt gk.thxs GOD. tp the prob now,tarikh tuh dkt2 lak dgn final paper aku n aku lom ckp kt parent aku.korg agak2 dorg bg x?well,lom cuba lom tao kn?wish me luck..*crossing my finger*