Sempena Chinese New Year ini, UiTM juga cuti seminggu. Mungkin sebab ada lecturer yang berbangsa Cina. Tapi bukan-lah cuti semata-mata kerana mereka. Cuti mid-sem sebenarnya. Mungkin satu kebetulan tarikhnya sama dengan CNY. Ah, tak kisahlah, janji cuti,kan? Tapi agak-agak tak berapa best juga sebab seperti baru saja mula kuliah sem ini, sudah cuti pula dan nanti tiada cuti selama 10 minggu. Ya ampun..! Boleh stress nih..hehehe
Cuti nih tiada pekara luar biasa yang berlaku, hanya pulang ke kampung di Jasin, Melaka. Projek keluarga sempena cuti yang agak-agak lama ini, kami semua akan dikerah tenaga dan tulang 4 kerat kami untuk membersihkan rumah kampung yang dah semak mengalahkan hutan belantara. Denai nak ke sungai belakang rumah juga sudah tidak kelihatan lagi. Cik U dan Cik T juga mungkin sudah menakhluk rumah dan kawasan sekitar. Maaf tiada gambar untuk tontonan. Sudah ku katakan, kami ibarat kuli yang di kerah sepenuhnya tenaga kami..hehehe
Sejak Julai 2007, nenek dan atuk aku sudah tidak tinggal di kampung (Air Baruk) lagi atas sebab-sebab keselamatan. Jadi setelah adik beradik ayah aku berbincang, mereka memindahkan nenek dan atuk aku ke rumah mak saudara aku di Kesang (mak sedara aku ada 2 rumah). Jadi selepas perpindahan mereka, rumah kampung itu terbiar begitu sahaja. Setelah mak-mak sedara aku meeting sesama meraka, mereka telah bersetuju untuk meruntuhkan bahagian dapur yang telah rosak teruk dimakan anai-anai untuk dibina semula nanti. Jadi sementara ramai saudara mara sempena cuti ini, tenaga kami diperah oleh ayah aku untuk mengemaskan barang-barang di bahagian dapur dan dipindahkan ke rumah ibu (bahagian atas/serambi). Penat memang penat tapi sesekali berkumpul ramai-ramai memang meriah. Kami (aku dan cousins) bukan buat kerja sangat, menyembang je yang lebih..hehehe. Tapi selama 3 hari menjadi 'pekerja buruh', memang banyak la pekara kelakar dan mncuit hati yang berlaku. Ragam cousin dan mak saudara aku memang tak boleh blah..hehehe
Al-kisahnya..
Selepas kami sudah kemas barang-barang dalam rumah, kami kemas pula semak samun dan barang-barang kat luar rumah. Seorang mak saudara aku nampak ada pisang baru masak, disuruh seorang cousin aku ambil, 2 tandan jumlahnya. So letak la kat tempat kami berkumpul dan berehat-rehat. Atas sedikit kawasan itu, pak saudara aku sedang menebang dahan pokok yang sangat rimbun sehingga menghalang lalu lintas tanpa menyedari ada sarang tebuan kat atas pokok tuh. Bila dah tebang, baru perasan ada tebuan. Apalagi, mencecet la kami lari menyelamatkan diri. Tapi yang kelakarnya, ada seorang cousin aku tuh bukan sekadar lari selamatkan diri, dia selamatkan pisang 2 tandan tu sekali. Dah la dia kurus keding, lari sambil pegang 2 tandan pisang, memang la kelakar. Terguling-guling kami semua ketawakan dia..heheheh. Macam-macam yang berlaku, tapi aku pun lupa. Aku cuma ingat yang paling kelakar je..hehehe
Oklah, aku nak bloghopping jap. Baru sampai KL semalam. Lagipun ada assignment nak buat nih..adoyai
1 comments:
salam kenai ;)
Post a Comment