Mar 1, 2009

Keropok Lekor Sangat Sedap!

Semalam balik Manjung atas beberapa sebab tapi akhirnya jadi banyak sebab..huhu =p
Tapi Manjung dah lain yang amat sangat. Dulu 16 tahun aku dok sini, kampung je gayanya, sekarang bukan main lagi ko..huhu

Kalau Manjung dah maju, dulu yang takda apa-apa, sekarang dah ada McDonalds Drive-thru lagi ko..huhu. Apatah lagi Lumut kan? Gempak wa cakap lu.

Semalam gak aku berhabis RM120 + Rm65. Sebab apa? Erm, nantilah bagitahu bila dah confirm,ok? hihihi =p

Tadi pulak tolong cuci rumah sewa maksu aku kat Putra Heights ke kat mana entah, aku pun tak pasti. Tapi area hujung-hujung Shah Alam la gitu. Penat sey. Pastu sementara rehat-rehatkan badan tuh, ayah ajak beli goreng pisang kat depan simpang perumahan sebab lapar yang amat. Sekali ternampak keropok lekor, apalagi rembat RM2 tapi rasa cam tak cukup je. Yelah, aku memang hantu keropok lekor, dah lama tak makan sey..hhuuhu

Kesimpulannya, hujung minggu yang biasa-biasa je, tak bosan sangat dan tak la senorok sangat pun. Ok la, mak aku dah membebel suruh pergi baca buku nih sebab esok aku de test risk management. Daa..!

1 comments:

tentangseseorang said...

owh manjung....
dah jauh berbeza...
dulu dari pekan sitiawan ke manjung ada semak samun. last year pergi, semua dah naik bangunan. traffic light dah banyak. sekolah aku pun dah banyak bangunan. ahahahaa