Feb 15, 2009

Kau Tak Mengerti Isi Hati Aku

Big Girls Don't Cry...

Aku bukan saja-saja nak ambil tajuk lagu Fergie tuh jadi tajuk blog aku. Sebab aku rasa aku bukan orang yang cembeng, cepat menangis. Sebab aku rasa aku seorang yang cekal, tabah dan boleh juga kata keras hati. Tapi hujung tahun lepas aku banyak menangis, atas banyak sebab juga. Aku dah jadi bukan aku. Jadi sempena tahun baru ni, aku pun buat azam baru, taknak menangis lagi untuk sebab lain selain family aku, dorang la segala-galanya untuk aku. Tapi hari ini aku menangis lagi..

Seseorang terkesan sesuatu pada entri aku yang lama. Tanpa apa-apa clue, mengutuskan email. Aku amat gembira, sungguh! Kerana aku rasa dia masih dapat membaca aku setelah sekian lama. Tapi at the end, aku sedih, aku menangis kembali. Bukan kerana terharu, tapi aku menyedari inti pati email itu bukan seperti yang aku harapakan. Dia tak faham kenapa aku memberi reaksi yang sebegitu suatu masa dahulu. Insan yang amat-amat aku sayang & masih sayang hingga kini, insan yang suatu masa aku rasakan seperti kembarku yang terpisah, tapi aku rasa seolah-olah sangat asing sekali sekarang ini. Seolah-olah kami tidak lagi berada di frekuansi yang sama, radar yang sama, dan rentak yang sama. Aku pun tak tau mengapa ini boleh terjadi. Pada aku bukan salah siapa-siapa, takde yang menang atau yang kalah, tidak pernah langsung terdetik di hati aku sebegitu. Ini hanyalah salah faham. Dan pada pandangan peribadi aku, seolah-olah suatu petanda. Aku pasrah..

Lirik itu sangat-sangat mengambarkan perasaan aku sekarang ini. Lirik yang begitu mendalam maksudnya dalam hidup aku sekarang, nampaknya tidak mudah untuk difahami oleh orang lain.

2 comments:

Misz Lyia'z said...

hye syada... how's life? huhu... sje lepak bce ur blog... :) take care...

Feeqa.. said...

my dear...i knw...who u were talkin about dear...jst...kte tau u beb...b strong...b ee aggrssive...i knw u cn..b strong ok...n...welcme 2 my "club"...bkn senang nk msk...huhuh..u knw wt i mean....