Feb 24, 2009

ERA Tetap Nombor Satu


Sabtu lepas aku berkesempatan tengok showcase ERA.fm kat SOGO. Ala, sempena cabaran riuh pagi di ERA tuh. Saja je pergi, nak tengok dorang buat apa. Aku tengok pun kejap je. Dorang start dalam jam 12-6petang. Aku sampai dalam jam 12.30 dan lebih kurang jam 2petang aku masuk jalan-jalan dalam SOGO dengan parents aku. Panas weh kat luar tuh, tak kejadahnya aku nak bertenggek, kang tak pasal-pasal aku pengsan,ha sapa nak jawab?huhu

So far aku tengok meriah la jugak. Well, even dorang bukan lagi stesen radio no.1 kat Malaysia tapi sambutan tetap gempak,ok.. Mungkin ini salah satu cara dorang nak naikkan balik ranking dorang. Aku pun dah start dengar ERA balik sejak Pak Nil handle Pagi di ERA. Bergandingan pulak dengan Din Beramboi yang sengal tuh, memang happening. Dulu memang aku dengar ERA. Pastu masa aku belajar kat Melaka, aku dengar FLY sebab masa tuh aku rasa ERA cam dah boring sikit. Sekarang aku dengar ERA balik. Especially pagi masa aku nak pergi kelas.


Tapi satu la yang aku agak kurang berkenan sikit dengan segelintir penyampai-penyampai ERA hari tuh. Sebab dorang pakai sunglasses. Hampir sumer pakai, kecuali Pak Nil dan Reza je. Bukan apa, aku rasa macam takda eye contact je dengan pendengar-pendengar. Ada sekali tuh, sorang budak nih nak tangkap gambar dengan Adi masa dorang sume nih tengah sibuk pilih lagu nak busking. Pastu aku nampak la, even badan Adi menghala ke arah adik tuh untuk tangkap gambar, tapi di sebalik kata mata hitam tuh, Adi pandang lain,okey.. Entah la, pada aku nampak cam tak ikhlas je,kan?


p/s: Aku minat betol dengan lagu promo ERA yang baru tuh, SATU ERA nyanyian Dina, Charm & Burn. Sapa ada lagu tuh, sila la passing kat aku juga yer. Sharing is caring, aite?huhu :)

0 comments: